Assalamualaikum,
FreeToFeed pasti, ada ibu-ibu menyusu yang risaukan samada susu badan mencukupi atau tidak untuk si kecil tersayang. Hari ini kami nak kongsikan resepi Milk Booster Sup Ayam Sauda by Puan Rose Md Zin yang FreeToFeed rasakan menarik untuk dicuba bersama.
Bahan-bahan:
1. Ayam - boleh digantikan dengan ikan atau daging sebagai sumber protein untuk menghasilkan lebih banyak susu.
2. Lobak - penuh dengan vitamin Beta Carotin. Juga bagus untuk kesihatan mata.
3. Ubi kentang - kaya dengan Karbohidrat dan kanji. Pelengkap kepada piramid makanan.
4. Kurma - bagi menambah rasa manis dalam masakan. Istimewanya, manis kurma mudah dihadam dan merupakan sumber tenaga yang banyak.
5. Bunga kobis - mempunyai potassium, fosforus dan kalsium serta berfaedah sebagai pembersih usus. Sesuai untuk mengurangkan perut buncit.
6. Halba - mempunyai banyak khasiat bagi wanita yang menyusukan bayi. Halba mempunyai phytoestrogens iaitu sama seperti hormon estrogen yang merangsang pengeluaran susu badan.
7. Biji habatussauda - mempunyai kesan yang kuat dalam melancarkan pengeluaran susu di samping mengandungi banyak khasiat untuk kesihatan yang lain-lainnya.
8. Bawang putih - adalah bahan antibiotik yang utama. Bawang putih juga membantu menyembuhkan selsema atau rasa kurang selera dalam makanan.
9. Lain-lain bawang besar, rempah ratus 4 beradik sebagai pelengkap dan penambah rasa masakan jenis sup.
Cara-cara:
1. Tumis bawang besarm bawang putih, rempah 4 beradik.
2. Masukkan ayam, air, ubi kentang, lobak, bunga kobism kurma, halba, habatussauda.
3. Biarkan mereneh dalam setengah jam.
4. Sedia untuk dimakan.
Kredit:
Terima kasih kepada Puan Rose Md Zin kerana berkongsi resepi dan gambar ini di laman Facebook beliau. Puan Rose Md Zin adalah seorang pakar laktasi yang diiktiraf dan giat menganjurkan kursus penyusuan susu ibu. Akan datang, Bengkel Penyusuan Susu Ibu Siri 3 akan berlangsung tidak lama lagi. Tempat dan masa akan dimaklumkan kemudian.